Semangat Kamu



- Kenapa berhenti?
- Aku penat.

- Ayuh, perlahan-lahan.

Aku geleng kepala. Pantas aku mencangkung. Menahan air mata. Sungguh aku penat. Kaki ini sudah tidak mampu melangkah lagi. Kepala ini sudah tidak tahu memikir. Mata ini seakan mahu terpejam. Aku lihat dia ikut mencangkung.

- Kenapa kamu ikut aku? Pergi, teruskan langkah-mu.
Aku menolak dia. Biar aku sa-orang sahaja yang berhenti.

- Takpe, aku tunggu kamu melepaskan lelah dahulu. Kamu penat kan?

Aku diam. Aku memandang jauh ke hadapan. Ahh, perjalanan masih terlalu jauh. Sedangkan aku sudah penat. Tuhan, apa yang perlu aku lakukan sa-orang diri? Berhenti, atau terus melangkah ? Aku lihat dia. Aku tahu dia juga cukup penat. Dan aku sering ter-tanya-tanya, mengapa dia asyik mengekori langkah-ku.

- Kamu siapa ? Kenapa kamu sentiasa bersama-ku ? Kenapa kamu tidak melangkah sahaja ? Tinggalkan aku.

Dia tersenyum.
- Aku semangat kamu. Mana mungkin aku meninggalkan kamu. Kamu hanya punya aku untuk meneruskan perjalanan ini. Kamu perlukan aku. Aku akan menemani kamu, walau kamu ter-jatuh luka. Ayuh.
Dia menghulurkan tangan.

Aku lihat huluran tangannya. Aku masih ingat. Saat aku tak punya siapa-siapa dan dia mengekori aku sehingga kini *senyum.
Pantas aku menyambut tangannya. Iya, kamu itu semangat aku.



1 comment:

lynndamya said...

Hai, ini best... :) kalau 'semangat' itu boleh menjelma menjadi manusia, pasti aku akan kawan je dgn semangat aku tu... :)

Post a Comment