Maaf Sayang



Maaf sayang.
Aku belum benar-benar pergi dari hidup kamu.
Tidak.
Aku belum benar-benar mahu kamu pergi dari hidup aku.
Aku masih butuh.


Maaf sayang.
Aku masih selalu merindu-kan kamu.
Tidak.
Aku selalu merindu-kan kenangan kita.
Ketika kamu mengejar bulan, untuk aku.
Masih ingat ? *senyum.


Maaf sayang.
Aku selalu ingin berada di sisi kamu.
Tidak.
Aku selalu memerhati-kan kamu dari jauh.
Dan aku nampak kamu bahagia.
Mudah-nya.


Maaf sayang.
Walau seribu kali aku mengatakan aku sudah move on,
hakikat-nya tidak.
Karena aku masih merasa sakit bila melihat kamu.
Walau seribu kali aku cuba mengelak dari kamu,
nyata kaki dan tangan ini kekal tegak berdiri di hadapan kamu,
seolah-olah ada magnet di tanah *senyum.


Maaf sayang.
Ingin sekali aku bertanya,
bagaimana kamu begitu mudah melupakan apa yang telah kamu mulai ?
Atau sememang-nya sudah ter-tulis yang memulakan akan mengakhiri ?



No comments:

Post a Comment