Hancur



Aku akan okay, kan ? *senyum.



Sakit ini, tak terluah..
Kalau sebelum nie kecewa macam mana pon masih boleh menaip, masih boleh menulis,
tapi kali nie benar-benar lain.


Sepatah kata pon tidak mampu meleraikan gundah.
Nak menangis, air mata pon dah tak nak keluar. Hahaha



Allah, apa sebenarnya yang terjadi ? Apa yang patut aku lakukan ?
Ini ke jalan terbaik untuk kami ?

Kau pernah bayangkan, seumur hidup kau, ada rahsia yang mereka diamkan ?
Seumur hidup kau, merasa ter-paling bahagia tapi terpaksa ditahan-kan ?
Merasa indah tapi tidak ter-capai ?
Keliru tetapi tidak ter-kata..


Aku pernah.

Aku pernah merasa bagaimana hancur-nya hati ini bila keluarga aku sendiri mengkhianati aku.
Merasa bagaimana jatuh-nya sa-orang AKU.

Aku pernah merasa bagaimana terpaksa menjaga hati semua orang sedang-kan hati sendiri ter-luka.
Bahkan cukup ter-luka,
Balik kerja kena dengar orang salahkan kau atas apa yang terjadi. Setiap hari, setiap tika..


Sepatutnya aku yang marah. Aku yang patut melenting, Aku yang patut salahkan mereka atas apa yang berlaku. Yang menjadi mangsanya, AKU !


Kenapa aku perlu dengar daripada mulut dia, orang yang paling aku sayang?

Aku yang menjadi mangsa. Kenapa semua orang letak-kan kesalahan hanya kerana aku inginkan kepastian. Cara aku salah ? Ayuh, katakan apa sebenarnya yang patut aku lakukan? Kau tak berada kat tempat aku. Kau tak pernah tau bagaimana rasanya di tipu selama 25 tahun, seumur hidup kau.



Jangan kerana sibuk menunding jari kat orang lain, kau lupakan soal hukum, soal halal haram.
Ya, kau boleh tunding sepuluh jari menyalahkan dia kerana membuka pekung kau.
Kau boleh buang aku kerana memilih dia. Hak kita dah terputus sejak aku tau apa yang aku sepatutnya tau...


No comments:

Post a Comment